Sudah lama saya tidak menulis sesuatu dalam blog ini kesibukan sejak dua tiga bulan yang lepas membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menulis. Ketika ini saya telah bertugas Sebagai Jurutera Syif ( Shift Charge Engineer) di Sepanggar Bay Power Corporation iaitu sebuah Janakuasa Kitar Gabungan Tenaga atau dalam bahasa omputihnya Combined Heat Power Cycle ramai sahabat sahabat dan rakan sejawat di Boustead yang hairan dengan keputusan mengejut saya untuk beralih industri , tidak perlulah saya menghuraikan alasan dan sebab untuk saya mengambil keputusan ini.
Yang jelas bagi saya ialah kerja itu sebgai suatu Ibadah dan Amanah , tanggungjawab menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan terkini adalah satu tuntutan Fardhu kifayah yang perlu dipenuhi mengatasi habuan wang ringgit. Saya mengucapkan terimakasih kepada Boustead Estate Agency Sdn.Bhd memberikan kesempatan saya mengurus sebuah organisasi syarikat di Boustead Group.
Kerja saya kini lebih memfokus sepenuhnya kepada bidang Kejuruteraan Penjanaan Tenaga , menggunakan sistem DCS , Process control dan GE mark IV iatu satu sistem yang digunapakai di kebanyakan industri Oil and Gas diseluruh dunia.
25 Jun 2009 pada 7:36 PTG
Tahniah dan teruskan usahan anda.Meramaikan lagi jurutera Muslim dan mejaga perihal fardhu kifayah ummah !.
8 Julai 2009 pada 10:09 PG
Bro....nie tak main KW nie semua MW
23 Julai 2010 pada 7:02 PTG
多謝分享~ 真是意料之外的收獲!!............................................................