Pada 26hb – 27 hb saya sibuk dengan mesyuarat dan seminar , pada sebelah malam 27hb saya terserempak dengan brother Mus yang kini Presiden MBS di Sandakan Hotel beliau mengajak saya menghadiri Dialog Belia anjuran MBS dan KBS yang diadakan pada 28 hb di hotel yang sama. Pada dialog tersebut saya mengutarakan 3 Perkara utama dalam Pelan Perancancangan Pembangunan Belia. Berikut adalah intipati teks dialog saya pada pagi itu…


Saya berpandangan bahawa dalam usaha merangka pelan pembangunan belia negeri sabah kita perlu meletakan pembangunan modal insane sebagai teras utama, ciri modal insane sepetimana yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri iaitu :-

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan


Berikut adalah beberapa saranan saya kepada MBS dan KBS

1- Penubuhan Institusi Kepimpinan Belia Negeri dengan hasrat melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa dan berintegeriti. Merangka kurikulum khas yang perlu diikuti oleh kalangan pimpinan belia negeri yang menekankan aspek pembinaan modal insane , menerapkan nilai murni seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara, memupuk Idealisme perjuangan pipimpinan belia agar jelas tentang halatuju kepimpinanan , melatih kemahiran pengurusan berorganisasi, ciri-ciri keusahawanan dan menguasai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa English sebagai prasyarat utama.

2- Membasmi Penganguran & menjana Pendapatan Belia

Menyediakan para belia dengan kemahiran yang tinggi yang memenuhi keperluan industry dan perancangan strategic bagi menyalurkan graduan daripada IPT ini kesektor bersesuaian. Sebagai contoh sabah merupakan penyumbang utama dalam sector perladangan sawit negara dengan menjana keuntungan berbilion ringgit , sector perladangan bukan sekadar pekerjaan diladang ia mempunyai cabang yang begitu luas perlu diterokai seperti bidang IT , Kejuruteraan, Bioteknologi , Pembangunan Sumber manusia, perlancongan , alam sekitar , perancangan Bandar dan berbagai lagi yang perlu diambil peluang oleh itu saya mencadangkan agar graduan menganggur ini diberi peluang menjalani latihan di syarikat-syarikat perladangan dan diberi peluang pekerjaaan sekaligus mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja luar . Selain itu pihak kementerian juga perlu memberikan peluang latihan perniagaan dan keusahawanan kepada golongan belia , memberikan suntikan dana kewangan dan juga latihan kemahiran dalam Bahasa Inggeris.

3- Membanteras Gejala Sosial& Mengangkat Martabat Belia

Penekanan kepada program membenteras gejala social perlu diberi penekanan dalm setiap program yang dijalankan oleh KBS dan MBS , menghidupkan program setiap minggu di masjid2, pusat kegamaan yang lain seperti ( gereja,kuil) setiap daerah seperti wacana, seminar,perkhemahan dan dialog ilmiah.



Saya juga menyentuh tentang kelesuan Idealisme dikalangan pimpinan hari ini
Saya akhiri dialog saya pada hari itu dengan mencabar para perwakilan belia yang hadir untuk sama-sama kembali kepada Idealisme perjuangan belia dizaman pasca kemerdekaan yang ikhlas memperjuangkan aspirasi rakyat, bangsa , agama dan negara.