Welcome back Rahim..... Thank You Boustead.

Posted on 6:07 PTG

Sudah lama saya tidak menulis sesuatu dalam blog ini kesibukan sejak dua tiga bulan yang lepas membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menulis. Ketika ini saya telah bertugas Sebagai Jurutera Syif ( Shift Charge Engineer) di Sepanggar Bay Power Corporation iaitu sebuah Janakuasa Kitar Gabungan Tenaga atau dalam bahasa omputihnya Combined Heat Power Cycle ramai sahabat sahabat dan rakan sejawat di Boustead yang hairan dengan keputusan mengejut saya untuk beralih industri , tidak perlulah saya menghuraikan alasan dan sebab untuk saya mengambil keputusan ini.


Yang jelas bagi saya ialah kerja itu sebgai suatu Ibadah dan Amanah , tanggungjawab menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan terkini adalah satu tuntutan Fardhu kifayah yang perlu dipenuhi mengatasi habuan wang ringgit. Saya mengucapkan terimakasih kepada Boustead Estate Agency Sdn.Bhd memberikan kesempatan saya mengurus sebuah organisasi syarikat di Boustead Group.
Kerja saya kini lebih memfokus sepenuhnya kepada bidang Kejuruteraan Penjanaan Tenaga , menggunakan sistem DCS , Process control dan GE mark IV iatu satu sistem yang digunapakai di kebanyakan industri Oil and Gas diseluruh dunia.



CQIC , Meeting and Dialog Belia ( 26-28 )

Posted on 11:30 PTG
Pada 26hb – 27 hb saya sibuk dengan mesyuarat dan seminar , pada sebelah malam 27hb saya terserempak dengan brother Mus yang kini Presiden MBS di Sandakan Hotel beliau mengajak saya menghadiri Dialog Belia anjuran MBS dan KBS yang diadakan pada 28 hb di hotel yang sama. Pada dialog tersebut saya mengutarakan 3 Perkara utama dalam Pelan Perancancangan Pembangunan Belia. Berikut adalah intipati teks dialog saya pada pagi itu…


Saya berpandangan bahawa dalam usaha merangka pelan pembangunan belia negeri sabah kita perlu meletakan pembangunan modal insane sebagai teras utama, ciri modal insane sepetimana yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri iaitu :-

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan


Berikut adalah beberapa saranan saya kepada MBS dan KBS

1- Penubuhan Institusi Kepimpinan Belia Negeri dengan hasrat melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa dan berintegeriti. Merangka kurikulum khas yang perlu diikuti oleh kalangan pimpinan belia negeri yang menekankan aspek pembinaan modal insane , menerapkan nilai murni seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara, memupuk Idealisme perjuangan pipimpinan belia agar jelas tentang halatuju kepimpinanan , melatih kemahiran pengurusan berorganisasi, ciri-ciri keusahawanan dan menguasai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa English sebagai prasyarat utama.

2- Membasmi Penganguran & menjana Pendapatan Belia

Menyediakan para belia dengan kemahiran yang tinggi yang memenuhi keperluan industry dan perancangan strategic bagi menyalurkan graduan daripada IPT ini kesektor bersesuaian. Sebagai contoh sabah merupakan penyumbang utama dalam sector perladangan sawit negara dengan menjana keuntungan berbilion ringgit , sector perladangan bukan sekadar pekerjaan diladang ia mempunyai cabang yang begitu luas perlu diterokai seperti bidang IT , Kejuruteraan, Bioteknologi , Pembangunan Sumber manusia, perlancongan , alam sekitar , perancangan Bandar dan berbagai lagi yang perlu diambil peluang oleh itu saya mencadangkan agar graduan menganggur ini diberi peluang menjalani latihan di syarikat-syarikat perladangan dan diberi peluang pekerjaaan sekaligus mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja luar . Selain itu pihak kementerian juga perlu memberikan peluang latihan perniagaan dan keusahawanan kepada golongan belia , memberikan suntikan dana kewangan dan juga latihan kemahiran dalam Bahasa Inggeris.

3- Membanteras Gejala Sosial& Mengangkat Martabat Belia

Penekanan kepada program membenteras gejala social perlu diberi penekanan dalm setiap program yang dijalankan oleh KBS dan MBS , menghidupkan program setiap minggu di masjid2, pusat kegamaan yang lain seperti ( gereja,kuil) setiap daerah seperti wacana, seminar,perkhemahan dan dialog ilmiah.



Saya juga menyentuh tentang kelesuan Idealisme dikalangan pimpinan hari ini
Saya akhiri dialog saya pada hari itu dengan mencabar para perwakilan belia yang hadir untuk sama-sama kembali kepada Idealisme perjuangan belia dizaman pasca kemerdekaan yang ikhlas memperjuangkan aspirasi rakyat, bangsa , agama dan negara.

Rawat Hati Bagunlah Insan

Posted on 6:58 PG

Gambar Diatas menunjukan Ajis tengah mempelajari bagaimana mengendalikan Engine Stim dan Engine Pembakaran Dalam di Loji Janakuasa Elekterik di Kilangku. Mudah-mudahan dia mampu melakukan reformasi dalam dirinya dan mampu menambahkan ilmu pengetahuan. Loji janakuasa elekterik nie sama saja pengendalian dan operasi dengan mana-mana loji janakuasa elekterik di loji janakuasa yang lain.
Jadi peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan pada masa depan adalah cerah yang penting kesungguhan,kecekalan dan ketabahan itu amat penting InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin dapatlah dia menduduki peperiksaan enjin drebar yang kompetan dalam 2-3 bulan lagi. Kalau ada budak-budak kampung yang berminat nak kerja sila contact aku banyak vacancy ...........

Sekitar sambutan Maulidur-Rasul

Posted on 7:09 PG

Pada Petang isnin lepas saya merasmikan program sambutan Maulidur Rasul Peringkat Segaria saya berkesempatan memberikan sepatah dua kata pada majlis tersebut. Hampir 300 orang yang hadir dalam majlis tersebut

Saya menekankan tiga perkara dalam ucapan saya

1. Rasullulah sebagai insane terbaik di ciptakan oleh Allah, model dan contoh yang ikutan dalam segenap kehidupan.
2. Kembali kepada asas Islam, Rukun Islam dan Iman .
3. Pendidikan Islam kepada generasi muda
* Ucapan dari Tuan Imam
* Ucapan perasmian
* Majlis dimulakan dengan pembacaan berzanji yang di baca oleh golongan muda
* Nyanyian nasyid oleh anak-anak pekerja , Muhammad Rasul Pilihan dan lagu sepohon kayu.

Posted on 6:24 PG


Sepanjang minggu ini saya agak sibuk dengan pelbagai hal yang harus ditangani secara segera, kerja mengurus sebuah organisasi syarikat bukanlah semudah yang disangka amanah dan tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan dengan efektif dan effisen.

Dikesempatan ini saya ingin kongsikan sedikit tentang pengalaman setahun jagung saya dalam mengendali dan mengurus Kilang Sawit ini yang kadangkala dipandang enteng dan rendah oleh sesetengah orang. Secara umumnya kerja mengurus disini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama , pertama mengurus hal ehwal syarikat , kedua mengurus hal ehwal berkaitan Jabatan2 Kerajaan, Ketiga Mengurus hal ehwal pekerja , Keempat pengurusan kejuruteraan dan yang kelima mengawal perbelanjaan syarikat ke lima lima pengurusan ini saling berkait rapat.

Kerja mengurus dalam kilang sawit agak mencabar kerana semua bidang perlu di kuasai dari segi kejuruteraan (proses,elekterik,civil,kimia) , perundangan ( akta syarikat, akta kilang dan jentera, akta buruh , BOMBA act , KWSP act , PERKESO , MPOB act, Jabatan Alam Sekita act, ISO 9001, ISO 1400, Labor sabah ordinan, Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan,Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan tanah dan Ukur , LHDN, Jabatan Cukai Negeri, KPDN , WWF, internal and extrernal audit account, audit ISO , audit RSPO ), pengurusan berkesan seperti ISO , pengurusan kewangan syarikat dan pengurusan kemanusiaan , kebajikan pekerja perlu di ambil berat.

Tanggungjawab agak tinggi dan risikonya juga tinggi sekiranya melanggar undang-undang boleh di dakwa dan dipenjara terutama hal-hal yang melibatkan Alam Sekitar. Kemahiran membuat keputusan perlu dimiliki dan satu tugas yang amat berat kerana setiap keputusan mempunyai implikasi yang perlu dihadapi secara berani dan terbuka. Berdepan dengan setiap masalah yang melibatkan kejuruteraa seperti mekanikal, proses , melibatkan pekerja, undang-undang dan akta perlu di tangani dengan profesional dan berhikmah.

Oleh itu saya perlu menimba lebih banyak ilmu pengurusan, mendalami pelbagai cabang dan disiplin ilmu kejuruteraan di samping ilmu al quran sebagai 'guidance' setiap masa.

Demi Masa

Posted on 3:37 PTG



sebelum pergi ke kerja pagi ini saya ingin menulis beberapa perkara yang penting untuk peringatan diri sendiri...(24/02/2009)

1- Tanggungjawab mengurus masa amat penting sekali

2- Menyusun keutamaan amat penting sekali

3- Jangan menangguhkan sebarang urusan penting amat penting sekali

4- Buat kerja yang terbaik amat penting sekali

5- berfikir secara strategik dalam semua perkara amat penting sekali.

6- Doa dan Zikir amat penting sekali





Petikan dari Buku The New Manager hand book

Posted on 5:51 PG
29 Lesson for mastering new role
1.Give feedback
2.Make the best of the bad news
3.Delegate
4.Pick the brains
5.Review Performance
6. Decide and deliver
7.Praise motivation
8.Plan your meetings
9.Listen more
10. Think strategically
11. Build Alliance
12. Get Feedback
13. Give great Instruction
14. Speak with power
15.win over cynics
16.Prepare for change
17. muzzle your mouth
18. Pose penetreating question
19.lift poor and medicore
20.Regale your audiance
21.Critic without criticsm
22.Beat The clock
23.Impress your boss
24.Mix and Mingle

Shinko Steam Turbine

Posted on 12:27 PG

Nie lah Steam Turbine jenis condensing type...nak tau malaysia belum ada teknologi nak buat nie semua semua beli dengan org luar , tapi satu potensi yang perlu ada untuk kita maju dalam industri melalui pemindahan ilmu dan teknologi , mungkin kita tak boleh buat nie semua dalam negara tapi kita mampu menjadi pereka teknologi ini macamana ok ka ? dalam kapal terbang pun ada guna turbin sama je kilang sawit pun ada gak turbin prinsip nya lebih kurang sama



Bulan may baru sampai turbin dari Kobe Japan , yang peningnya macamana nak masukkan Turbin nie ke dalam Steam Power Plant dah lah space kat kilang nie kecik.....paning kapala gue

Percutian di KK-Papar 9-14 Februari

Posted on 5:55 PG
Alhamdulillah , sepanjang cuti ini saya sempat memenuhi jadual yang dirancangkan iaitu urusan si Na'im, men"survey" kawasan rumah , mengunjung pusara ayahanda dan beberapa perkara penting lain.

OverLay Welding...

Posted on 8:18 PTG

Cacatan Ringkas Khas untuk Hassan..

Nie yang aku dapat dalam bukur Strength Of Material Karya V.Vaganaphaty dalam Mc Graw Hill...


Weld overlays are metallic coatings welded directly onto the substrate. The high-heat welding process forms a molecular-level bond with the base metal, essentially alloying the coating to the substrate at the interface. The result is a durable, almost completely nonporous and penetrable coating with excellent resistance to high-stress gouging wear.Capabilities High BuildupWeld overlays are typically applied in greater thicknesses than thermal sprayed coatings. As such, substantial amounts of material may be applied in a comparatively short time.
Exemplary Materials The long history of hardfaced weld overlays has given rise to an impressive array of engineered materials available for application. The weld alloying process makes the applied material an integral part of a component's physical structure. By nature of the process, highly customized surfaces may developed by layering and alloying several different materials.




High Resistance to Chipping and PeelingOnce a coating has been welded onto a substrate, it is virtually impervious to the problems of coating separation, lifting and peeling that can sometimes occur in thermal sprayed coatings under high stress. The alloyed material also combines the high resistance to sliding abrasion offered by thermal sprayed coatings with an equally exemplary resistance to gouging and plowing wear.
Application Criteria
Parts are exposed to high surface temperatures (in excess of 2300°F) and must be resistant to thermal deformation. Consideration needs to be given to any prior heat treatment of the substrate material and the weld process temperature effect upon it. Careful control of preheat, interpass and postweld heat treat temperatures may be required for certain substrate alloys in order for the weld overlay process to be successful.
Hardfaced weld overlays are applied in substantial thicknesses (typically > .100") and significant machining may be necessary to bring finished thickness below that value.
Coefficients of expansion for the base metal and applied coating should be similar. Dissimilar coefficients can lead to cracking in the coating and possible damage to the component as the material and substrate cool.
Weld overlays may not be applied to non-metallic base materials.

Hardface Weld Overlay Materials
Austenitic Manganese Steels:
· Tough.· Crack resistant.· Soft.· Ability to work-harden.High stress, heavy impact.
Martensitic and High Speed Steels:
· Tough.· Good combination of abrasion and impact resistance.· Abrasion resistance increases with carbon and chromium content at expense of impact resistance.Non-lubricated metal-to-metal wear.
Nickel- and Cobalt-Based Alloys:
· Wear resistance.· Corrosion resistance.· Heat resistance.· Good all-around strength.· Low ductility.Abrasive conditions accompanied by high temperature and/or corrosion.
Martensitic and High-Chromium Iron:
· Excellent resistance to wear by most materials.· Brittle.Highly abrasive conditions.
Tungsten Carbide Deposits:
· Extreme resistance to sliding abrasion by hard minerals.· Worn surfaces become rough.