Al-Fatihah buat Ayahanda Tercinta…


Tanggal 26 Januari 2009 kenduri arwah selepas solat Asar di kampong Kuala Papar, sedar tak sedar genap setahun Allahyarham Mahmud Bin Othman pergi buat selama-lamanya, Yang tinggal hanyalah Jasa pengorbanan beliau dalam mendidik kami menjadi anak-anak yang soleh, berbakti dan berjasa untuk agama,bangsa dan tanahair tercinta.
Terlalu murni perjuangan Ayahanda sehingga tak pernah kami mendengar keluhan dan rintihanya dalam mencari nafkah membesarkan kami sekeluarga , Semangat dan cita-cita besar untuk menjadi orang berguna dan berjaya sering menjadi kata nasihat yang sampai kini tidak luput dalam ingatan.
Berbekalkan azam dan tekad yang tinggi beliau mampu menghantar 5 Orang anaknya ke Menara Gading .

Projek jalan raya di Kampung Kuala , projek pembinaan jeti untuk nelayan kampong , projek membina dewan serbaguna , projek menaiktaraf jalan kampong ,
program-program keagamaan , menghidupkan masjid kampong kuala papar dan pelbagai lagi bakti dan sumbangan beliau.

InsyaAllah segala bakti dan sumbangan Allahyarham mudah-mudahan akan mendapat balasan yang setimpal di sisi Allah s.w.t.

Al-Fatihah buat ayahanda.