Sepanjang minggu ini saya agak sibuk dengan pelbagai hal yang harus ditangani secara segera, kerja mengurus sebuah organisasi syarikat bukanlah semudah yang disangka amanah dan tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan dengan efektif dan effisen.
Dikesempatan ini saya ingin kongsikan sedikit tentang pengalaman setahun jagung saya dalam mengendali dan mengurus Kilang Sawit ini yang kadangkala dipandang enteng dan rendah oleh sesetengah orang. Secara umumnya kerja mengurus disini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama , pertama mengurus hal ehwal syarikat , kedua mengurus hal ehwal berkaitan Jabatan2 Kerajaan, Ketiga Mengurus hal ehwal pekerja , Keempat pengurusan kejuruteraan dan yang kelima mengawal perbelanjaan syarikat ke lima lima pengurusan ini saling berkait rapat.
Kerja mengurus dalam kilang sawit agak mencabar kerana semua bidang perlu di kuasai dari segi kejuruteraan (proses,elekterik,civil,kimia) , perundangan ( akta syarikat, akta kilang dan jentera, akta buruh , BOMBA act , KWSP act , PERKESO , MPOB act, Jabatan Alam Sekita act, ISO 9001, ISO 1400, Labor sabah ordinan, Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan,Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan tanah dan Ukur , LHDN, Jabatan Cukai Negeri, KPDN , WWF, internal and extrernal audit account, audit ISO , audit RSPO ), pengurusan berkesan seperti ISO , pengurusan kewangan syarikat dan pengurusan kemanusiaan , kebajikan pekerja perlu di ambil berat.
Tanggungjawab agak tinggi dan risikonya juga tinggi sekiranya melanggar undang-undang boleh di dakwa dan dipenjara terutama hal-hal yang melibatkan Alam Sekitar. Kemahiran membuat keputusan perlu dimiliki dan satu tugas yang amat berat kerana setiap keputusan mempunyai implikasi yang perlu dihadapi secara berani dan terbuka. Berdepan dengan setiap masalah yang melibatkan kejuruteraa seperti mekanikal, proses , melibatkan pekerja, undang-undang dan akta perlu di tangani dengan profesional dan berhikmah.
Oleh itu saya perlu menimba lebih banyak ilmu pengurusan, mendalami pelbagai cabang dan disiplin ilmu kejuruteraan di samping ilmu al quran sebagai 'guidance' setiap masa.
11 Mac 2009 pada 4:56 PTG
mcm loji kumbahan lah nice ...