Alhamdulillah Pak Haron ( cucu kepada Buya Hamka) sempat meluangkan masa untuk memberikan kuliah selepas solat maghrib ramai jemaah yang hadir , Pak haron yang berketurunan minang merupakan penceramah bebas yang cukup tersohor beliau berasal daripada Daerah Kelahiran Buya Hamka.

Pak Haron mengingatkan ana pada Tulisan Hamka yang sering menggunakan akronim kepada sesuatu beliau menggunakan pendekatan yang cukup terkesan kepada jemaah maghrib di Masjid Nur iMan ...........

Kalau Hamka dengan IMtak dan ImTek nya.... Pak Haron menggunakan perkataan Peniaga,Pedagagng dan Pegawai yang mengambarkan watak-watak manusia .

Mengupas persoalan Ibadah di akhiri dengan pesanan mengingati hari Kemudian memberi sentuhan yang amat membekas di sanubari ......................

Selesai ceramah... kami makan malam bersama di kediaman Tn.Hj Ab.gafa , ana sempat menanyakan kepada Pak haron tentang Pak Hamka beberapa persoalan yang menyangkut persoalan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia disamping beberapa penafsiran Hamka dalam Tafsir dan buku Tasauf Moden. ....mudah-mudahan Allah memberkati pertemuan kami malam tadi.....