Perutusan Maal Hijrah
Assalamulaikum w.t.b ,
Maal Hijrah tahun ini di sambut dengan penuh rasa syukur kehadrat Allah.s.w.t, Semalam ana Huruf condongmenghadiri majlis Pembacaan doa , yassin , dan tazkirah ringkas di masjid Ladang Segaria dan bersolat Isyak di Masjid Taman Mewah Kilang Segaria bersama dengan para pekerja merapatkan tali silaturahim.
Azam dan tekad membawa Islah , transformasi kearah kebaikan seiring dengan semangat Hijrah Rasullulah s.a.w untuk memimpin keluarga , diri dan masyarakat sekeliling menjadi fokus utama pada tahun ini di samping mempertingkatkan ilmu , iman dan memperbanyak amal soleh selaras dengan tuntutan Islam.
Insolati , wanusuki.wa mah yahya ......( hingga akhir ayat)....kalimah yang disebut 5 x sehari dalam solat menjadi paksi asas kepada tujuan hidup ini. "Hidupku Solat ku dan Matiku hanya untuk Tuhan Sekelian Alam" .
Menyingkap 2008

Tahun 2008 di harungi dengan pelbagai detik getir apabila ayahnda tercinta kembali ke rahmatullah , sehari sebelum pemergianya ayahnda sempat berpesan melalui telefon dengan kata katanya " bapa doakan semoga kamu sentiasa selamat sampai bila-bila" ..... Al-Fatihah buat ayahnda tercinta. Moga Allah tabahkan hati Ibu kami menempuh kehidupan tanpa Ayahanda tercinta. Pengorbananya dalam mendidik kami sekeluarga menjadi insan berilmu dan beramal soleh tidak akan luput dalam ingatan.

Tahun 2008 juga menyaksikan amanah besar mengurus sebuah organisasi syarikat dipertanggungjawabkan padaku , berbekalkan sedikit pengalaman dan kemahiran beserta Tawakkal pada Allah s.w.t, Sebagai Hamba Alla aku ingin buktikan aku boleh buat sesuatu yang terbaik. Pencapaian tahun ini :

  • Pencapaian TERBAIK OER diantara kilang-kilang kumpulan ,
  • 0 NCR ISO 9001:200 ,
  • kecekapan kos operasi dengan + 5% daripada bajet ,
  • pembaikan sistem pengolahan effluen ( final BOD reduction 21.65%)
  • Mill breakdown below 2%

LEMBARAN BARU 2009

Azam

  • 1st Grade Steam Engineer
  • Sit for PAE exam
  • Simpanan kewangan sebanyak x** sebulan
  • Pembacaan buku 4 engineering books 8 management book
  • meluaskan rangkaian
  • menghidupkan masjid Kilang segaria dengan aktiviti dakwah
  • mempererat hubungan kekeluargaan
  • fokus kesihatan Ibu tersayang , Isteri dan anak-anak

Fokus utama kerjaya

  • Pencapaian OER melebihi 22 %
  • Pencapaian KER melebihi 4.35%
  • Kos + 1.5%
  • memperbaiki rangkaian rakan sekerja sesama kompeni , kerajaan, dan kawan
  • projek Capex siap sebelum bulan august