Sudah lama saya tidak menulis sesuatu dalam blog ini kesibukan sejak dua tiga bulan yang lepas membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menulis. Ketika ini saya telah bertugas Sebagai Jurutera Syif ( Shift Charge Engineer) di Sepanggar Bay Power Corporation iaitu sebuah Janakuasa Kitar Gabungan Tenaga atau dalam bahasa omputihnya Combined Heat Power Cycle ramai sahabat sahabat dan rakan sejawat di Boustead yang hairan dengan keputusan mengejut saya untuk beralih industri , tidak perlulah saya menghuraikan alasan dan sebab untuk saya mengambil keputusan ini.
Yang jelas bagi saya ialah kerja itu sebgai suatu Ibadah dan Amanah , tanggungjawab menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan terkini adalah satu tuntutan Fardhu kifayah yang perlu dipenuhi mengatasi habuan wang ringgit. Saya mengucapkan terimakasih kepada Boustead Estate Agency Sdn.Bhd memberikan kesempatan saya mengurus sebuah organisasi syarikat di Boustead Group.
Kerja saya kini lebih memfokus sepenuhnya kepada bidang Kejuruteraan Penjanaan Tenaga , menggunakan sistem DCS , Process control dan GE mark IV iatu satu sistem yang digunapakai di kebanyakan industri Oil and Gas diseluruh dunia.